27 peratus remaja ada hubungan seks tanpa nikah



LAPORAN Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja 2003, yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan 27 peratus remaja di negara ini mengadakan hubungan seksual tanpa nikah. Remaja lelaki pula mencari pelacur untuk mendapatkan pengalaman seks pertama dan remaja seawal usia sembilan tahun sudah mengadakan hubungan seks.

Disiplin pelajar - Berlembut bukan lagi jalan penyelesaian?



Oleh ZALINA YAHAYA

`DEMAM' masalah disiplin pelajar seolah-olah berlaku secara berkala - tiga tahun sekali. Jika anda masih ingat, masalah ini mendapat perhatian serius pada 1997 dan menjadi polemik hangat ketika itu.

Gunting Rambut Pelajar


Ada sesetengah sekolah guru disiplin telah mengambil inisiatif memanggil tukang gunting untuk mengunting rambut pelajar. Guru disipilin dah tension pasal 3 bulan buat macam-macam penerangan dan teguran pelajar buat tak endah aje. Mak bapak satu hal takkan tak lihat rambut anak mereka yang dah macam hantu!!


Akhirnya cikgu berkenaan menulis dalam group "Salam jumaat.sekadar perkongsian.setelah 3bulan bagi warning dekat budak.tapi tak berkesan.kami upah org luar datang gunting rambut.rm3.00...murid kena byr sendiri"



Apa pun saya ucapkan tahniah kepada guru berkenaan semoga Allah kekalkan semangat dan azam untuk menjaga keharmonian sekolah.

Guru Disiplin Juga Perlu Prihatin


Tautan kasih, murid yg ketidakhadiran 61 hari Dari Januari-Ogos. Akhirnya terungkai kisah. Murid 7 thn terpaksa Jaga adiknya umur 2 tahun. Hanya berdua dirumah yg agak😭😭😭😭




Tiada elektrik Tiada air. Hanya bergantung air hujan. Tahniah kepada Cikgu Junaidah Mahmood atas sikap prihatin beliau.

Coretan Guru Disiplin


Di awal saya diarahkan oleh pihak sekolah utk menggalas t/jawab sebagai (Guru Disiplin Sekolah) GDS merasa sedikit terbeban dengan tugas berat itu.

Sebagai GDS saya dihantar kursus oleh pihak sekolah. Selepas kursus saya telah dapat gambaran tentang tugas.

Dalam tahun pertama dan kedua banyak kes yg melibatkan pihak polis. Rasa tekanan pun ada. Tetapi cuba cari kelemahan saya dari segi prosedur dan tindakan. Alhamdulillah, boleh cuba atasinya dengan bantuan pentadbiran dan rakan2 yg lain.

Nasihat saya.

1) carilah mentor untuk belajar ttg selok belok disiplin.
2) cuba berhubung secara baik dgn rakan2 sekeliling.
3) ikut prosedur dlm setiap tindakan.
4) sesekali cubalah mendekati murid yg melakukan kesalahan jgn wujudkn perasaan benci pd mereka.
5) kita bukan mencari salah tetapi membetulkan kesilapan mereka.
6) cuba pelajari teknik meneroka, teknik membimbing dan teknik motivasi.
7) cuba elakkan bawa rotan secara kerap.
8) sebelum merotan tanya murid tersebut ttg kesilapannya
9) sesekali bergaul dgn rakan2 tnya ttg masalah murid, jgn tunggu dilaporkan sahaja.

Mudah-mudahan kita jadi GDS yg disayangi. InsyaAllah kita akan jd GDS terbaik.

Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Aplikasi mudah alih 'MySekolah,' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, untuk permulaan aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan di tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah; SK Datin Fatimah di Kuala Nerang, Kedah dan SK Precint 14, Putrajaya.

Menurutnya, tempoh percubaan itu akan berlangsung selama tiga bulan di sekolah terbabit untuk melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi itu, sebelum diperluaskan kepada lebih banyak sekolah.

"Aplikasi berkenaan, antara lain akan merekodkan dan memaparkan informasi mengenai kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Celcom Axiata Berhad, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Orangetree Production Sdn Bhd, yang bersama-sama membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan komunikasi secara langsung antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Sdn. Bhd., Datuk Seri Shazalli Ramly; Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Orangetree Production Sdn. Bhd., Datuk Seri Jaspal Singh Korotana.

Kamalanathan berkata, kementerian amat mengalu-alukan usahasama itu, selari dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. - BERNAMA

Mekanisme gubal Akta Perlindungan Guru diteliti


TANAH MERAH 8 Ogos - Cadangan penggubalan Akta Perlindungan Guru akan diteliti secara mendalam bagi mencari mekanisme terbaik untuk melindungi golo­ngan pendidik dalam era yang semakin mencabar sekarang.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ketika ini perkara tersebut masih di peringkat awal dan pihaknya perlu menyemak terlebih dahulu cadangan berkenaan.

“Kami berpegang kepada kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengambil perhatian dan menyokong cadangan tersebut.

“Setakat ini, kita masih belum melihat skop perlindungan untuk akta berkenaan kerana ia baru sahaja dicadangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah dalam Parlimen Tanah Merah di Pejabat Pendidikan Tanah Merah di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Pengarah Pendidikan Kelantan, Datuk Ab. Aziz Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan supaya Akta Perlindungan Guru digubal ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh, kelmarin.

Usul bagi penggubalan akta itu diluluskan persidangan tersebut selepas dicadang oleh seorang perwakilan Wanita UMNO, Zalilawati Majidah yang antara lain bertujuan melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa ketika menjalankan tugas rasmi.

Pokemon, Pokemon Go tidak dibenarkan di sekolah


KUALA KLAWANG
: Permainan siber Pokemon dan Pokemon Go tidak akan dibenarkan di dalam kawasan sekolah di negara ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, perkara itu selaras larangan terhadap pelajar membawa telefon pintar atau telefon bimbit ke sekolah yang dikuatkuasakan selama ini.

Beliau mahu pihak sekolah bertindak lebih tegas, dengan merampas telefon bimbit pelajar jika mereka dikesan menggunakannya untuk bermain permainan siber itu.

"Guru perlu merampas telefon bimbit pelajar jika mereka dikesan menggunakannya untuk bermain permainan siber itu," katanya selepas majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu di sini, hari ini.
Pokemon dan Pokemon Go menjadi fenomena di Malaysia sejak ia boleh dimuat turun pada Sabtu.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah


Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu.

Di bawah ini adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah.


Dua pelajar terbabit insiden pergaduhan digantung persekolahan


KOTA BHARU: Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, di sini yang terbabit dalam insiden pergaduhan Khamis lalu digantung persekolahan selama dua minggu bermula hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (JPN), Jaafar Ismail, berkata tindakan itu adalah prosedur biasa yang dilaksanakan dalam kes disiplin membabitkan pelajar.

"Insiden ini sudah menjadi kes polis dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Dua pelajar dari Tingkatan Empat dan Tiga itu (termasuk mangsa) digantung sekolah selama dua minggu bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang pelajar lelaki Aiman Hazim Zulkeflee, 15, retak tulang leher selepas dipercayai ditendang oleh seorang pelajar senior. Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa ditendang sebanyak dua kali di leher dan terjatuh, sebelum ditendang pula sekali lagi di dagu hingga pengsan.

Dia kemudian dibawa pihak sekolah ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), namun dilapor stabil. Aiman Hazim kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) manakala seorang lagi sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Bharu, pagi tadi.

Jaafar berkata JPN sentiasa memantau situasi sekolah terutamanya membabitkan bilangan murid yang ramai. Katanya lagi dalam kes seperti itu akan mendatangkan gangguan kepada murid terbabit sekali gus menjejaskan masa depan mereka.

"Kami akan usahakan permuafakatan di peringkat sekolah dan dalam masa yang sama JPN juga ada 'Smart Support Team' yang menyediakan khidmat kaunseling," katanya.

Pengetua sekolah terbabit, Mukhter Mahmod yang turut menghadiri sidang media itu berkata insiden pergaduhan seperti itu belum pernah berlaku di sekolah itu dan ia menjadi iktibar kepada semua warga sekolah terbabit.

Disiplin Pelajar sekolah semakin merosot


PENGENALAN

Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”.  Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada  akhbar-akhbar tempatan pada masa kini.  Berita-berita seperti ini membayangkan  kemerosotan  disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang  amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. 

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam  negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Masalah disiplin di sekolah  kini telah menjadi lebih  kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. 
 
PONTENG SEKOLAH
 
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.  
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah  keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . 
Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi).  Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. 
 
 
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH
 
Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah”. 

Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata;  

" Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi."  (Utusan Malaysia 20 Feb 97)
Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. 
 Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:
 
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.  

Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.  

Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan.  

Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas.  

Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu:  

a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. 
b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”, dikagumi dan kekuasaan.
c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti. 
d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. 
e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.   

KESAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993).  
Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah. 
Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.  

Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah:  

a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. 
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. 
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. 
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. 
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. 
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
 
CADANGAN

1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. 

2.    Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 

3.  Perkhidmatan Bimbingan  & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang.  

4.  Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 

5.    Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.  
PENUTUP

Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. 
Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.  

Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah.  Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang.  

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

Pengenalan Disiplin Sekolah


Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah
negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar; apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejla seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan
Menurut kamus oxford advanced learner’s,disiplin didefinisikan sebagai
’…….. Is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not…’
Mengikut kamus bahasa melayu terbitan utusan publication and distributors sdn.bhd (1995) mendefinisakan disiplin sebagai
’……kepatuhan,kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan…’.
Manakala mengikut kamus dewan edisi baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur (1989) mendefinisikan disiplin sebagai
’……latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda akan dikenakan…’.
Mengikut Barbara An Kipter, phd dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah
”..latihan atau dendaan..”

Kembali Menjadi Guru Disiplin


Dulu 1996 aku pernah dilantik menjadi Ketua Guru Disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO). Banyak kenangan menarik sebagi guru disiplin. Hanya yang pernah jadi guru disiplin boleh merasainya. Macam orang makan ikan "semah" dia aje tahu bertapa nikmatnya ikan tersebut.

Subscribe Me

Subscribe via RSS Feed If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.

Comment